Jumlah Pengunjung

27 Aug 2012

Rangsum RTBK Menu A

 BUNGKUSAN RTBK MENU A
 Rangsum  Tempur Bekalan Kering atau bungkusan kantung (RTBK) Menu A adalah salah satu menu makanan dari siri menu (Ada set lain iaitu set A, Set B, Set C dan lain-lain kalau tak silap) set lengkap makanan yang digunakan oleh ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ia hanya dapat diperolehi oleh anggota tentera ketika terlibat dalam operasi dan latihan hutan. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil combat/battle ration.

Rangsum Tempur Bekalan Kering (RTBK) ini sangat penting untuk dijadikan sebagai makanan kecemasan ketika darurat, bencana alam dan peperangan kerana penyediaannya amat mudah, menggunakan ruang yang terhad, peralatan yang ringkas dan cepat untuk di masak. Rangsum Tempur Bekalan Kering (RTBK) menu A yang dimiliki oleh penulis juga adalah koleksi yang sangat sesuai untuk digunakan oleh peminat camping, hiking, treasure hunter, long distant jungle trekking, back dan packers travelers untuk bekalan mereka. Bagi peminat barangan tentera, ianya adalah satu koleksi wajib untuk dimiliki!

Maklumat Bagi Rangsum Tempur Bekalan Kering atau bungkusan kantung (RTBK) Menu A:

Antara Kandungan (Tak ingat semua sebab banyak sangat):

Biskut keras
Jem Nenas
Gula
Garam
Teh uncang
Kopi segera
Susu tepung penuh krim segera
Tisu
Papaya dalam sirap
Kari ayam
Bubur gandum
Sambal bilis
Dalca
Sayur
Mancis 30 Bilah

 Berat: 2.15 kg (Lebih kurang)

Tarikh luput: 30 Jun 2013 (Seperti tertera pada gambar di atas)

Pandangan hadapan  RTBK MENU A

Pandangan belakang RTBK MENU A

11 comments:

  1. maaf ye nak bertanye, kt mana ye boleh sy beli ramsum tempur ni? sbb sy suka treavel, makanan halal mmg susah nak cari... mohon tuan dpt memberi bantuan..

    ReplyDelete
  2. macam mana nak dapat satu sebab saya slalu pergi camping dan rumusan
    tempur sesuai utk membawa ke sana

    ReplyDelete
  3. beli je pek brahims, rangsum ni tak dijual

    ReplyDelete

  4. Sory all.. Sy bt sedikit pembetulan...
    Ni rangsum tempur yg kami keluarkan utk anggota tentera saja..
    RTBK BERMAKSUD RANGSUM TEMPUR BIASA KANTUNG bukan rangsum tempur basah kering ye...

    ReplyDelete
  5. Nie la dia malaysia susah sgt nk jual brg yg mudah....mcm mane nk maju kalau kedekut sgt dgn orang awam.... Kt indon dh bersepah dh jual makanan askar nie....sebab dorang berfikiran terbuka...lg satu senang kalau orang yg jenis travel and champing dlm hutan nak makan....guna la kelebihan tuk bisnes.... Guna otak jgn guna lutut broooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya better tuan komen secara lebih berhemah. Ada perkara yg boleh dijual kepada awam... ada yg tidak.

      Delete
    2. Zul rasanya ko yg kena pk. Betul kata man tu. Makanan saja pon apa yg x boleh dimakan org awam pulak. Mcm mana malaysia nl maju. Komen bodo.

      Delete
  6. Aku baru rasa rangsum tempur ni. Dapat jugak rasa akhirnya tu pun beli dkt shopee

    ReplyDelete