Jumlah Pengunjung

27 Aug 2012

Model Colt M4 berskala 1:1

Model Colt M4 berskala 1:1

Model Colt M4 ini adalah model berskala 1:1 iaitu skala sebenar bagi raifal ini. Ianya merupakan koleksi sangat berharga bagi peminat senjata seperti saya. Seperti yang diketahui umum, senjata Colt M4 Carbine merupakan senjata yang digunakan oleh banyak pasukan keselamatan di dunia. Di dalam inventori Angkatan Tentera Malaysia, Colt M4 Carbine digunakan oleh pasukan-pasukan khas seperti GGK, PASKAU DAN PASKAL. Namun begitu, baru-baru ini senjata Colt M4 turut telah digunakan oleh Pasukan Atur Cepat (PAC) dan Regimen Armor tentera darat. Dipercayai senjata model ini turut akan digunakan oleh kesemua cabang tentera Malaysia bagi menggantikan Steyr AUG yang mempunyai pelbagai masalah teknikal ketika dikendalikan.

Perbezaan stock extended dan stock retrected yang boleh dilaraskan pada model Colt M4 ini
Model Colt M4  berskala 1:1 yang saya miliki ini mempunyai kelopak peluru yang boleh ditanggalkan dari badan senjata, stock/udi boleh laras, kunci selamat, pencekah boleh tarik, pajera hadapan, pajera belakang, tali sling, dan tempat attact bayonet. Kesemua ciri pada model senjata Colt M4 ini adalah seperti senjata sebenar!.

Perbandingan saiz Colt M4 dengan botol 1.5L



Ianya adalah antara koleksi paling bermakna bagi peminat senjata seperti saya kerana skala 1:1nya dan kesukaran mendapatkannya di Malaysia. Apatah lagi ianya mempunyai beberapa fungsi seperti senjata sebenar. Menyangkut senjata ini di dinding rumah atau berangan dengan menggayakannya di dalam bilik merupakan sesuatu kepuasan bagi mereka yang meminatinya :).

Data Spesifikasi Model Colt M4 berskala 1:1:

Panjang  senjata (stock extended): 810mm
Panjang  senjata (stock retrected): 740mm
Panjang laras: 370 mm
Berat tanpa kelopak: 510 gm
Berat dengan kelopak kosong: 570 gm
Lebar: 30 mm

Model Colt M4 berskala 1:1 ini ketika diperolehi merupakan senjata yang digunakan untuk menembak peluru BB 6mm. High grade model dengan keupayaan yang baik, mempunyai ketepatan tembakan yang tinggi dan jarak tembakan yang jauh. Tetapi saya tidak menggunakannya untuk berperang dengan cicak. Takut rosak. Jadilah ia hiasan di rumah.

Pandangan dari dekat pada kunci selamat senjata dan detail mengenai model ini yang menyerupai model sebenar

No comments:

Post a Comment