Jumlah Pengunjung

27 Aug 2012

Model Colt M4 berskala 1:1

Model Colt M4 berskala 1:1

Model Colt M4 ini adalah model berskala 1:1 iaitu skala sebenar bagi raifal ini. Ianya merupakan koleksi sangat berharga bagi peminat senjata seperti saya. Seperti yang diketahui umum, senjata Colt M4 Carbine merupakan senjata yang digunakan oleh banyak pasukan keselamatan di dunia. Di dalam inventori Angkatan Tentera Malaysia, Colt M4 Carbine digunakan oleh pasukan-pasukan khas seperti GGK, PASKAU DAN PASKAL. Namun begitu, baru-baru ini senjata Colt M4 turut telah digunakan oleh Pasukan Atur Cepat (PAC) dan Regimen Armor tentera darat. Dipercayai senjata model ini turut akan digunakan oleh kesemua cabang tentera Malaysia bagi menggantikan Steyr AUG yang mempunyai pelbagai masalah teknikal ketika dikendalikan.

Perbezaan stock extended dan stock retrected yang boleh dilaraskan pada model Colt M4 ini
Model Colt M4  berskala 1:1 yang saya miliki ini mempunyai kelopak peluru yang boleh ditanggalkan dari badan senjata, stock/udi boleh laras, kunci selamat, pencekah boleh tarik, pajera hadapan, pajera belakang, tali sling, dan tempat attact bayonet. Kesemua ciri pada model senjata Colt M4 ini adalah seperti senjata sebenar!.

Perbandingan saiz Colt M4 dengan botol 1.5L



Ianya adalah antara koleksi paling bermakna bagi peminat senjata seperti saya kerana skala 1:1nya dan kesukaran mendapatkannya di Malaysia. Apatah lagi ianya mempunyai beberapa fungsi seperti senjata sebenar. Menyangkut senjata ini di dinding rumah atau berangan dengan menggayakannya di dalam bilik merupakan sesuatu kepuasan bagi mereka yang meminatinya :).

Data Spesifikasi Model Colt M4 berskala 1:1:

Panjang  senjata (stock extended): 810mm
Panjang  senjata (stock retrected): 740mm
Panjang laras: 370 mm
Berat tanpa kelopak: 510 gm
Berat dengan kelopak kosong: 570 gm
Lebar: 30 mm

Model Colt M4 berskala 1:1 ini ketika diperolehi merupakan senjata yang digunakan untuk menembak peluru BB 6mm. High grade model dengan keupayaan yang baik, mempunyai ketepatan tembakan yang tinggi dan jarak tembakan yang jauh. Tetapi saya tidak menggunakannya untuk berperang dengan cicak. Takut rosak. Jadilah ia hiasan di rumah.

Pandangan dari dekat pada kunci selamat senjata dan detail mengenai model ini yang menyerupai model sebenar

Bekas peluru mortar 60mm

Gambar sebenar bekas Peluru Mortar 60mm yang dimiliki penulis
Bekas Peluru Mortar 60mm merupakan bekas atau tempat penyimpanan peluru mortar sebenar jenis High Explosive (Letupan Kuat) berkaliber 60mm. Di dalam inventori Tentera Malaysia, terdapat peluru dan bekas berlabel lain seperti flare dan lain-lain. Sewaktu zaman insurgensi di Malaysia, peluru mortar jenis ini adalah antara yang terbanyak digunakan oleh angkatan tentera Malaysia untuk bertempur dengan pihak Komunis Malaya. Pada hari ini, peluru jenis ini sudah tidak lagi digunakan oleh pihak tentera darat kecuali dalam latihan kerana pihak tentera lebih mengutamakan penggunaan mortar berkaliber 81mm yang lebih efektif. Perubahan doktrin ini menjadikan bekas peluru mortar 60mm ini betul-betul sukar untuk diperolehi lagi!)

Mortar 60mm ketka digunakan oleh Tentera Darat Malaysia
Imej bekas peluru mortar 60mm bersama peluru mortar 60mm jenis HE. Bekas yang penulis miliki adalah bekas untuk menyimpan peluru mortar seperti gambar di atas.

Bekas mortar ini amat sesuai dijadikan koleksi  simpanan bagi peminat barangan tentera di Malaysia.Koleksi ini amat sukar diperolehi di pasaran terbuka dan merupakan koleksi amat terhad.

Data spesifikasi bekas peluru mortar 60mm (HE):

Panjang: 44cm
Berat: 380 gram (Berat setelah kertas pelindung peluru dikeluarkan)
Diameter: 28cm
Material: Plastik tahan lasak
Warna: Hitam

 Kod dan detail mengenai peluru mortar 60mm jenis HE di bahagian luar bekasnya (Tulisan bewarna kuning)
Perhatikan pelekat berlabel "explosive" di bahagian atas tulisan bewarna kuning
P/S: Saya tidak memiliki mortar dan peluru mortar. Apa yang saya miliki hanyalah bekas penyimpanan mortar berkaliber 60mm yang sangat "rare" di pasaran. Harap maklum dan tidak pening2 lalat.

Rangsum RTBK Menu A

 BUNGKUSAN RTBK MENU A
 Rangsum  Tempur Bekalan Kering atau bungkusan kantung (RTBK) Menu A adalah salah satu menu makanan dari siri menu (Ada set lain iaitu set A, Set B, Set C dan lain-lain kalau tak silap) set lengkap makanan yang digunakan oleh ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ia hanya dapat diperolehi oleh anggota tentera ketika terlibat dalam operasi dan latihan hutan. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil combat/battle ration.

Rangsum Tempur Bekalan Kering (RTBK) ini sangat penting untuk dijadikan sebagai makanan kecemasan ketika darurat, bencana alam dan peperangan kerana penyediaannya amat mudah, menggunakan ruang yang terhad, peralatan yang ringkas dan cepat untuk di masak. Rangsum Tempur Bekalan Kering (RTBK) menu A yang dimiliki oleh penulis juga adalah koleksi yang sangat sesuai untuk digunakan oleh peminat camping, hiking, treasure hunter, long distant jungle trekking, back dan packers travelers untuk bekalan mereka. Bagi peminat barangan tentera, ianya adalah satu koleksi wajib untuk dimiliki!

Maklumat Bagi Rangsum Tempur Bekalan Kering atau bungkusan kantung (RTBK) Menu A:

Antara Kandungan (Tak ingat semua sebab banyak sangat):

Biskut keras
Jem Nenas
Gula
Garam
Teh uncang
Kopi segera
Susu tepung penuh krim segera
Tisu
Papaya dalam sirap
Kari ayam
Bubur gandum
Sambal bilis
Dalca
Sayur
Mancis 30 Bilah

 Berat: 2.15 kg (Lebih kurang)

Tarikh luput: 30 Jun 2013 (Seperti tertera pada gambar di atas)

Pandangan hadapan  RTBK MENU A

Pandangan belakang RTBK MENU A

26 Aug 2012

Permulaan untuk Stuff4Collector (S4C)


Selamat datang ke Blog Stuff 4 Collector. Tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk berkongsi koleksi peribadi yang dikumpulkan oleh penulis blog ini. Di blog ini, pelbagai koleksi barangan yang sukar atau jarang diperolehi di luar  telah dikumpulkan oleh penulis. 

Koleksi-koleksi ini akan dimuat naik dari masa ke masa. Bagi permulaan, koleksi "ala tentera" bersama maklumat mengenainya akan dikongsikan bersama pengunjung blog ini. Penulis bersedia untuk berkongsi pandangan dan menjual/menukar sebahagian koleksi di blog ini kepada sesiapa yang "betul-betul"berminat.

Selamat mengunjungi blog STUFF4COLLECTOR. Semoga bermanfaat. Terima kasih.

Admin blog stuff4collector.
Sam Samara